SERAM !! LELAKI INI DIRENUNG TAJAM OLEH SEORANG GADIS DALAM MRT. BERASA PELIK DIA SETERUSNYA CUBA MENDEKATI ..RUPA-RUPANYA

Sharing is caring!

Seorang lelaki berkongsi saat mendebarkan semasa dalam perjalanan menggunakan MRT apabila dia menyedari seorang wanita di hadapannya merenung tajam ke arahnya. setelah agak lama rasa dipandang di membuat keputusan pergi mendekati wanita berkenaan. apa yang didapatinya sangat mengejutkan…

Pengalaman dipandang oleh seseorang yang tidak dikenali memang buat hati tak tenang dan menggelabah. Tambahan pula bila dapat renungan tajam oleh seseorang yang dalam keadaan menakutkan macam dalam filem seram tu. mesti meremang bulu roma.

Seorang lelaki berkongsi pengalaman anehnya semasa menaiki MRT untuk menghadiri temu janji. Melalui akaun facebook yang bernama Kendrick Kang. Ketika dalam perjalanan dia terpandang seorang perempuan berbaju pink yang sedang duduk di hadapannya. Mulanya, Kendrick perasan yang mata perempuan ini merenungnya dengan renungan yang aneh.
“Matanya seperti tengah tersenyum padaku. Ianya terjadi agak lama,” jelas Kendrick.

Loading...

Kelakuan aneh wanita itu membuat Kendrick takut. Wanita ini didapati merenung Kendrick dalam waktu yang cukup lama.
Akhirnya, Kendrick memberanikan diri untuk mendekati si perempuan. Tak disangka, apa yang dia dapati sangat mengejutkan.

Banyak pengguna Facebook yang juga tertipu dengan foto Kendrick ini. Awalnya mereka menyangka bahawa perempuan ini sedang melihat kamera dengan renungan aneh, bahkan menyeramkan.

Namun, setelah diamati, semuanya menjadi jelas. Bahagian yang disangka mata sang wanita tersebut ternyata adalah mulutnya yang sedang menganga. Ini kerana sebahagian besar wajah perempuan tersebut ditutup oleh rambut hitamnya.
Jika dilihat lebih dekat, dua lubang hidung terlihat di celah-celah rambutnya. Ternyata, wanita ini sedang tertidur dengan mulut menganga.
Post Kendrick ini jadi viral di media sosial dan sudah dikongsi lebih dari 33 ribu kali. Banyak netizen yang takjub melihat kejadian ini.

 

 

Hidayah Omar: “Haha rupanya mulut yg terbukak ayo.”
Eryyn Syafrynn: “Menyeramkan pada awalnya.”
Jena Lyn: “Menyeramkan pada awalnya hahahaha kamu mesti lihat lebih dekat.”
Kadang kala pandangan kita memang menipu. Kita selalu melihat sesuatu dalam bentuk yang tak sama dengan kenyataan. Namun, kejadian ini dianggap menjadi hiburan bagi netizen.

Mohon Kongsikan

[ Artikel Berkaitan di Bawah ]

Loading...

TERKUAT DATUK VIDA, SYARINI MEMAKAI JAM TANGAN BERHARGA RM 15 JUTA. SERAM SEJUK TENGOK JAM TANGAN TERSEBUT.MAAFKAN SAYA TAK MAMPU TOLONG SELAMATKAN MEREKA JIRAN PUSAT TAHFIZ

Norhayati Abdul Halim, 46, meluahkan perasaan sedih itu ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya.

“Saya nak minta maaf kepada semua ibu bapa pelajar yang terkorban.

“Saya tidak mampu buat apa-apa melainkan menjerit meminta tolong kerana kejadian berlaku dengan begitu pantas.

“Saya juga gagal masuk ke tahfiz sebab api sedang marak di bahagian pintu,” katanya sebak.

Ibu enam anak itu mengakui masih terbayang lambaian tangan pelajar-pelajar di tingkat tiga pusat tahfiz tersebut meminta tolong.

“Bila berseorangan, saya teringat detik itu dan masih terngiang-ngiang jeritan kuat mereka minta tolong.

“Saya rasa bersalah pada diri sendiri, setiap masa saya menangis kerana teringat pada mereka,” katanya.

Norhayati yang menjalankan perniagaan dobi serta menjual pisang goreng bersama salah seorang anaknya di hadapan rumah berkata, pelajar-pelajar tahfiz itu sememangnya rapat dengannya dan anak-anak.

“Mereka selalu beli pisang goreng dan keropok lekor dengan saya. Ada antara mereka panggil saya mama, ibu.

“Mereka suka bergurau dan sakat saya selain kerap pinjam telefon untuk hubungi keluarga. Mereka umpama anak sendiri,” katanya.

Petang sebelum kejadian, katanya, tiga daripada pelajar terkorban tiba-tiba meminta untuk mengait mangga jiran sebelah rumahnya.

“Saya pelik sebab mangga tu muda, tapi mereka kata teringin sangat nak makan dengan nasi. Jadi kami kait mangga bersama-sama selepas mereka selesai beriadah di taman berdekatan.

“Saya tak dapat dengar lagi suara mereka mengaji dan berzikir beramai-ramai setiap pagi dan malam.

Loading...

“Malah anak, Mohd Ikhwan Muslim, 7, dan cucu, Muhamad Erfan Budi Arman, 9, juga hilang sahabat ajar mereka mengaji,” katanya. – Sinar

 

 

 

[ Artikel Berkaitan di Bawah ]

SAINGAN TERKUAT DATUK VIDA, SYARINI MEMAKAI JAM TANGAN BERHARGA RM 15 JUTA. SERAM SEJUK TENGOK JAM TANGAN TERSEBUT.

Kalau di Malaysia kita ada Datuk Seri Vida yang gemar pakai barang berjenama. Tetapi di Indonesia, Syahrini adalah selebriti yang selalu mencuri perhatian media kerana kemewahannya. Salah satunya adalah jam tangan Rolex yang direka khas ringkas ini. Tapi jangan tanya soal harganya, boleh tersedak dibuatnya.

Menurut laporan dari portal hiburan dari Indonesia, Jam tangan Oyster Cosmograph Paul NewMan 6263 ini dibeli dengan harga antara RM3.5 Juta sampai RM7 Juta. Jumlah yang tidak sedikit untuk sebuah jam tangan yang direka khas simple tapi menawan.

Namun akaun instagram @fashionsyahrini, jam tangan yang dikenakan Syahrini ini adalah koleksi yang luar biasa dan terhad. Kerana kualitinya vintage, ada yang sampai terjual dengan harga RM15 Juta.

Jam tangan ini bukan satu-satunya barang mewah yang dimiliki Syahrini. Namun di antara deretan jam tangan miliknya, mungkin yang satu ini adalah yang paling mahal yang pernah dipakai Syahrini.

Sumber: hangat.com

Loading...

[ Artikel Berkaitan di Bawah ]

Pakai smart tapi bawa orang tua uzur ke situ mencacatkan pemandangan darlings.

PUTRAJAYA – Sejak dari kecil lagi, kita diajar untuk menghargai ibu bapa yang banyak bersusah payah mendidik dan membesarkan kita. Namun tidak pada wanita ini yang memuat naik status mengecam tindakan seorang lelaki membawa ibunya yang uzur keluar makan bersama.

Malah lebih teruk lagi, dia menganggap kehadiran wanita tua berkenaan mencacatkan pemandangan di tempat itu, menyebabkan ramai netizen yang berang dan menyelar tindakan biadab Darlings Suhana.
“Sayang seribu kali sayang. Bercuti di Johor Bahru, menginap di hotel (nama rahsia) berhampiran dan berhadapan Dataran Johor Bahru.

“Tengah lunch semalam dengan suami, boleh ternampak seorang lelaki ini bawa orang tua, mungkin mak dia. Rupanya mereka pun lunch sekali. Hmm, bukan apa la, macam mencacatkan pemandangan saja. Di situ adalah tempat makan orang nak romantik. Awak bawa orang tua awak ke situ pula.

“Sayang, pakai kereta mewah jenama Lexus yang anggaran harga RM400,000-RM500.000, pakai baju smart tetapi bawa orang tua uzur ke sana? Apa seyh. Jangan jatuhkan standard orang yang berada boleh tak?
“Macam tak ada kedai mamak atau warung tepi jalan saja. Kalau ye pun awak kaya, awak kena sedar bahawa tindakan awak itu menjatuhkan taraf profail awak sendiri. Pleaselah. Dunia,

Status Facebooknya itu kemudian viral di media sosial dan dikecam hebat oleh netizen yang juga menyifatkan Darlings Suhana sebagai seorang anak derhaka yang sanggup mengenepikan ibu bapanya sendiri demi menjaga ‘standard’ sebagai warga urban.

“Tak sangka kau pakai tudung. Sekarang Allah bagi mewah rezeki, boleh pula kau kata macam itu? Memang kau tak pernah dan tak akan bawa mak kau makan di tempat begitu. Tak apa, kau ada anak-anak nanti, anak-anak kau boleh hantar kau ke rumah orang tua atau tak peduli kau langsung,” kata Cassablanca Nwanyi.

“Di antara ibu dan maruah, aku pilih ibu aku. Maruah takkan menjamin aku masuk syurga melainkan doa dan redha seorang ibu. Aku ada seorang saja ibu yang masih kekal bersama aku.

“Aku baru kehilangan seorang bapa iaitu tempat ibu aku bergantung. Segala keperluan ibu aku tanggung sebab aku anak lelaki sulung. Aku nak berkahwin pun fikir 2 3 kali sebab risau terabaikan ibu. Inikan nak ada teman wanita?” kata Azren Alias.

Sumber: sayaphitam

“Hanat punya perempuan. Mak dia, syurga dia, suka hati dilah. Tak jatuh sikit pun martabat dia kalau bawa mak dia pergi makan di tempat itu. Hanya orang yang hatinya gelap hitam macam kau saja yang fikir macam kau fikir. Mungkin kau tak pernah mendapat kasih sayang daripada ibu bapa kau sendiri agaknya atau memang kau malu nak keluarga dengan ibu bapa kau sebab mereka sudah tua. Disebabkan itu juga kau tak nampak rahmat di sebalik semua itu. Kalau Allah nak tarik apa yang kau ada, sekejap saja,” kata Saifull Shafie Epull.

Bagaimanapun, semakan mendapati akaun Facebook Darlings Suhana telah dipadamkan ekoran dikecam teruk oleh netizen yang menggelarnya sebagai anak yang tidak menghargai ibu bapa.

 

Sharing is caring!

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published.