BANK TERSILAP MASUK WANG RM 100,000 DALAM AKAUN PERIBADI PENIAGA KEDAI KOPI DI KEDAH..AKHIRNYA PENIAGA TERSEBUT TELAH MEMBUAT SESUATU DENGAN DUIT TERSEBUT..

Sharing is caring!

Apa yang akan anda rasa jika tiba-tiba wang RM100,000 masuk ke dalam akaun bank?

Seorang peniaga kedai kopi di Kedah terkejut apabila menerima panggilan dari sebuah bank yang memberitahu mereka tersilap memasukkan wang sebanyak RM100,000 ke akaun peribadi miliknya pada Khamis.

Sinar Online melaporkan, peniaga kedai kopi terbabit yang dikenali sebagai Ah Seng, 28, (bukan nama sebenar) menjelaskan dia membuat urusan di bank terbabit pada 27 April lalu namun langsung tidak menyedari kesilapan yang berlaku.

Loading...

“Selepas habis urusan, pihak bank bagitau sudah memasukkan sejumlah wang sebagai faedah yang diperolehi ke dalam akaun dan saya hanya mengiakan saja.

“Seperti biasa, saya keluarkan wang di bank berjumlah RM1,300 pada 28 April kerana ingin keluar daerah memandangkan cuti hujung minggu serta cuti umum hari pekerja 1 Mei lalu, tapi tak sedar langsung ada sejumlah wang baki di akaun,” katanya.

Menurutnya lagi, pada jam 4 petang Jumaat, pihak bank menghubunginya dan memaklumkan tersalah memasukkan wang dan meminta agar wang itu dikembalikan semula.

Ah Seng kemudian membuat pemeriksaan dan terkejut apabila mendapati jumlah baki di bank adalah RM98,688.55.

Disebabkan berada di luar kawasan, dia berjanji akan memulangkan wang di bank sebaik sahaja pulang ke Sungai Petani.

Wang terbabit selamat dikembalikan semula pada Selasa selepas bank mula beroperasi. Menurut Ah Seng, pihak bank turut berterima kasih kepada beliau.

“Pagi semalam (Selasa), sebaik sahaja bank mula beroperasi, saya ke sana untuk memulangkan baki yang ada dan membayar semula wang yang saya guna.

“Pihak bank kemudian mengucapkan terima kasih atas kejujuran dan memohon maaf atas kesilapan,”katanya.

Kesilapan seumpama ini dirasakan sangat jarang berlaku di Malaysia. Tetapi di Australia, kejadian yang hampir sama pernah berlaku membabitkan seorang pelajar Malaysia.

Sumber: Sinar Online

Loading...

sumber : kamiviral via belogfadah sempoi

……………………………………………………………

3 HARI SELEPAS DIKEBUMI KAKAK MIMPI ARWAH ADIK MINTA DIGALI SEMULA. APA YANG MEREKA TEMUI AMAT PELIK

27 Tahun dahulu ada seorang lelaki meninggal dunia akibat penyakit usus. Dia seorang yang baik dan kematiannya ditangisi keluarga dan rakan taulan.

Sejak dikebumi, kakak lelaki meninggal itu kerap bermimpi adiknya minta kubur digali semula. Akhirnya 3 hari kemudian mereka sepakat menggali kubur lelaki tersebut dan terkejut apa yang ditemui mereka. PELIK.
MIMPI ADIK SURUH KUBUR DIGALI SEMULA
Samar (Filipina): Pada September 1981, Guillermo Jacobe meninggal dunia selepas dirawat tiga hari di hospital kerana komplikasi usus.

Tiga hari kemudian – selepas semua ritual dilakukan – mayat Guillermo ditanam seperti sepatutnya.

Beberapa malam kemudian kakak Guillermo, Remedios Tagana, 55, bermimpi pemuda terbabit meminta digali semula secepat mungkin kerana dia masih hidup.

Mimpi itu diberitahu kepada bapa mereka, Francisco Jacobe, 92, yang enggan mempercayainya.

Malam berikutnya Remedion bermimpi perkara sama sekali lagi dan ia mendorong mereka sekeluarga menggali semula kubur berkenaan pada November 1981.
HANYA MAYAT BIASA TETAPI….
Sumber berkata, mereka terkejut apabila mendapati mayat Guillermo tidak banyak berubah.

Keranda itu dibawa pulang untuk membolehkan mayat Guillermo dibersihkan dan ketika itulah ibunya, Illuminada, 77, mendapati tubuh pemuda terbabit seperti berpeluh.

Kata Illuminada, sejak itu mereka menyimpan tubuh Guillermo di rumah dan dia menukar pakaian anaknya setiap Ahad.
MULA SIMPAN MAYAT DI RUMAH
“Pada ketika tertentu, saya berborak dengan dia, terutama ketika badan saya sakit.

“Nampaknya kesakitan itu hilang selepas beberapa jam kemudian,” katanya.

Loading...

Lebih menarik, Guillermo juga dilaporkan boleh ‘membantu’ menyembuhkan penyakit orang lain.
JADI TUMPUAN ORANG RAMAI
Sejak itu rumah mereka kerap dikunjungi orang ramai yang ingin mencuba kemujaraban ‘kuasa’ Guillermo.

Seorang daripada mereka berkata, pesakit hanya perlu berbisik kepada mayat Guillermo mengenai masalah dihadapi.

“Ia akan hilang tidak lama kemudian,” katanya.

Selepas 33 tahun, mayat Guillermo dilaporkan masih utuh dengan gigi, wajah, kulit tangan dan salur darahnya masih elok.

Keluarga itu juga berikrar menjaga Guillermo sehingga akhir hayat mereka.

Sumber: Harian Metro

…………………………………………………………………

“Gaji Suami Orang Lain Pun RM10,000 Juga Lah Wei!! Kau Jangan Biadap!!”, Wanita Ini Mengamuk Cuma Kerana Dikatakan Anaknya Memakai. .

“Gaji Suami Orang Lain Pun RM10,000 Juga Lah Wei!! Kau Jangan Biadap!!”, Wanita Ini Mengamuk Cuma Kerana Dikatakan Anaknya Memakai. .

Salam, maaf kalau apa yang saya kongsikan ini menyinggungkan perasaan mana-mana pihak.

“Gaji Suami Orang Lain Pun RM10,000 Juga Lah Wei!! Kau Jangan Biadap!!”, Wanita Ini Mengamuk Cuma Kerana Dikatakan Anaknya Memakai. . . .

Suami saya bergaji RM10,000 sebulan, tetapi anak saya, saya pakaikan baju yang murah-murah sahaja. Baju paling mahal pun, saya beli dalam harga belasan ringgit. Yang lain, semua RM10.

Bukan kami tak mampu tetapi malas nak membazir dengan budak kecil ini. Budak kan cepat membesar, nanti beli lagi.

Loading...

Ada seorang perempuan ini, gaji suaminya berapa sajalah sebulan nak bayar itu ini, anak pakai baju H&M, Anakku bagai. Buat apa nak membazir? Asalkan lawa di mata sudah, jenama tak penting pun.
Pernah suatu masa dia mengata saya dengan si A. Si A pula beritahu saya, dia cakap dia pakaikan anak dia baju murah saja. Malas saya nak ambil kisah.Yang penting setiap bulan, kami simpan duit dalam buku Ting (ASB) anak. Sekarang umur anak dah dekat setahun, simpanan dia dah mencecah RM3,000. Baru setahun, kalau 10 tahun? Tak campur lagi dengan dividen. Itu kan lagi penting.

Bukan kami tak mampu. Gaji suami saya selepas bayar segala keperluan, ada baki sebanyak RM5,000 – RM6,000. Tetapi malas nak buat benda yang tak berfaedah itu.

Itu saja nak kongsi untuk panduan bersama. Jangan ingat anak yang pakai murah, mak bapa dia tak ada duit eh. Ada lagi benda yang lebih berfaedah dan lebih bagus dibuat daripada membazir duit beli barang berjenama untuk anak.

Kadang-kadang orang sekarang suka sangat nak menunjuk-nunjuk, sanggup beli barang mahal untuk anak walaupun tak mampu. Nak tunjuklah yang dia sayangkan anak. Bukan begitu caranya. Sayang anak, tiap-tiap bulan simpan duit untuk anak, itu baru namanya sayang anak.

Panjang pula saya berleter. Oklah, sekian.

Kredit: ohmymedia.cc (Gambar hiasan)

Sharing is caring!

Loading...