Ini Tindakan Mengejutkan Hans Isaac Setelah Zizan Menelefonnya.. Memang Betul-Betul Marah Ni..

Sharing is caring!


Hans Isaac benar-benar tersinggung dengan lawak ‘datuk beli’ oleh Zizan Razak di majlis Festival Filem Malaysia baru-baru ini.

Jelas Hans Isaac, lawak itu dilihat seperti mempertikaikannya walhal gelaran tersebut diterima atas usahanya sendiri selama 25 tahun dalam industri seni tanah air.

Ketika ini Hans Isaac seperti tidak dapat memaafkan lagi perbuatan Zizan Razak.

Hans Isaac memberitahu Zizan ada menghubunginya sejak malam tadi namun dia tidak mahu menjawab panggilan tersebut kerana tidak dapat menerima apa yang dilakukan kepadanya itu.

Loading...

Ini pendedahan Hans Isaac:

“Zizan ada hubungi saya sejak malam tadi. Tapi saya tidak mahu membalas segala panggilannnya.

“Buat masa ini, saya memang tidak dapat terima apa yang dia katakan,” 

Nampaknya Hans Isaac masih marah dengan lawak Zizan itu sampai tak mahu berbicara dengan pelawak tersebut.

Hans Isaac berkata, nama dan imejnya telah terjejas kerana lawak yang dibuat oleh Zizan secara live itu.
“Nama, Imej Saya Terjejas” – Respon Hans Isaac Setelah ‘Dimalukan’ Dengan Lawak Zizan

Selebriti popular Datuk Hans Isaac meluahkan rasa kecewa dan kesal dengan lawak pengacara  Anugerah Festival Filem Malaysia ke 29 (FFM29) iaitu Zizan Razak.

Bagi Hans Isaac, lawak Zizan itu amat melampau dan  keterlaluan.

Kata hans Isaac, sebagai seorang pengacara yang mengendali anugerah berprestij, Zizan tidak patut buat lawak jenaka sebegitu sehingga menjejaskan imej dan namanya.

Ini kenyataan Hans Isaac:

“Terus-terang saya memang kecewa Zizan membuat lawak mempersoalkan gelaran Datuk yang saya terima daripada Sultan Pahang.

“Lawak tersebut telah membuatkan nama dan imej saya terjejas. Dia sebagai seorang pelawak tidak seharuskan menggunakan eleman lawak sebegitu.

“Dia bukan sahaja mempertikaikan kredibiliti saya tetapi juga Sultan,”

“Saya hanya memberitahu perkara yang benar dan mempertahankan rakan-rakan yang lain. Dia tidak sepatutnya memperkecilkan kredibiliti orang lain.

“Saya terima gelaran ini secara profesional atas usaha saya selama 25 tahun di dalam industri seni.

“Macam-macam saya usahakan untuk memajukan industri. Bukan saya meminta-minta sendiri gelaran tersebut,”

Ketika majlis berlangsung, Zizan Razak secara berjenaka mengusik gelaran Datuk diperoleh pelakon berkenaan kononnya telah dibeli.

Loading...

Hans Isaac menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk pada tahun lalu.

Semalam telah berlangsungnya sebuah anugerah berprestij di negara kita iaitu Festival Filem Malaysia ke-29.

Pada edisi kali ini, pelawak dan pelakn Zizan Razak dilantik sebagai pengacara festival bersama tiga pelakon wanita iaitu Siti Elizad, Elizabeth Tan dan Thanuja Ananthan.

Golongan pelawak sering menjadi pilihan untuk mengendalikan majlis besar seperti FFM kerana ianya dilihat dapat menggamatkan suasana dan Zizan memang dikenali dalam industri seni sebagai seorang yang bersahaja setiap kali di atas pentas.

Namun, kali ini, Zizan dilihat telah membuat lawak yang mengguris hati Hans Isaac.

Lawak sinis itu membuatkan Hans Isaac  menulis beberapa ayat yang terlihat seperti dia terasa hati dengan gurauan Zizan terhadapnya.

“Congratulations to all the winner tonight at festival film malaysia . But we really need to get our film festival act together . I did not even have a seat ready for me when I arrived as a presenter . Next year will be my 25th year in this industry. Having said that , After 30 over feature film as an actor / director / writer & producer … and winning 3 awards at FFM previously , I don’t think the comment by the FFM host zizan was called for. But guess thats the level of comedy the host had tonight !”

Apa yang Zizan cakap sampai Hans Isaac terguris dan bengang? Sebenarnya Zizan bergurau secara spontan dengan seperti mempertikaikan gelaran Datuk yang diterima oleh Hans Isaac.

Ketika Hans dipersilakan naik ke pentas, Zizan telah bergurau dengan Hans di mana dia berkata,

“Beli ke datuk….baju.. baju yang saya maksudkan adalah ‘beli’ baju,”

Ramai mengatakan gurauan ‘makan dalam’ dengan mengatakan kononnya gelaran datuk itu ‘beli’ membuatkan Hans Isaac tersinggung.

Para peminat Hans Isaac di Instagram juga turut merasakan bahawa gurauan Zizan itu sedikit keterlaluan.

“Dia buat lawak psl status dato, smada dato tu beli atau dapat, tpi dia buat2 tnya psl baju. Terkejut jugak dengar zizan slumber cakap mcm tu smlm. sabarlah….” – @wadacullen:

“Those comedian need to learn about manners. Maybe teguran ini agak kasar, but duit buat lawak berkepuk pon kalau tiada education tinggi tak kemana bro. Be wise and matured. People nowadays make joke bout others for fun (duit).”– @zers13:

Memang agak kontroversi ketika Zizan Razak menjadi pengacar untuk anugerah Festival Filem Malaysia Sabtu lalu.

Ini ekoran lawaknya terhadap gelaran Datuk yang diterima oleh selebriti tanah air kononnya ‘dibeli’.

Antara yang terasa dan berkecil hati ialah Hans Isaac.

Loading...

Namun Zizan berkata lawaknya itu tidaklah keterlaluan.

Kemudian, Afdlin Shauki pula memberi kritikan kepada Zizan dengan mengatakan pelawak ini tidak sesuai memakai kaca mata hitam ketika menajdi pengacara.

Ini komen Afdlin Shauki:

“FFM29 opening dari Zizan. Pengacara pakai spek hitam, maaf itu kesalahan besar bidang pengacaraan pasal pengacara tak boleh connect dgn audience!… mungkin pasal dia superstar dia boleh buat apa saja mungkin!

Kemudian Zizan telah tampil membei respon balas terhadap kritikan Afdlin Shauki itu.

Ini komen Zizan:

“Mungkin dia (Afdlin) tak faham dan kurang pasti mengenai perjalanan acara tersebut. Saya hanya memakai cermin mata hitam pada segmen pertama. Saya hanya pakai dalam satu segmen sahaja.

“Saya pakai cermin mata hitam pun kerana saya terus membuka majlis selepas selesai membuat persembahan pembukaan FFM29. Tidak mengapa, mungkin dia tidak tahu.

“Apa-apapun, saya hormat Afdlin sebagai seorang sifu saya dalam bidang hiburan.

Sumber: Astro Gempak

Zizan Razak menjadi tumpuan setelah lawaknya tentang ‘Datuk beli’ menjadi viral dan bualan hangat ketika menjadi pengacara untuk anugerah Festival Filem Malaysia ke 29 (FFM29).

Kata pelawak ini, apa yang disampaikan pada malam berkenaan tidak mendapat sebarang teguran daripada pihak produksi.

Kata Zizan, penonton seharusnya tidak memperbesarkan hal remeh temeh.

Ini komen Zizan:

“Pada saya kalau penonton gelak dan terhibur itu sudah cukup dan pihak produksi juga suka dengan perjalanan majlis malam ini.

“Saya juga tidak rasa apa yang saya sampaikan malam ini terlalu kasar dan penonton juga bijak menerimannya.

Loading...

“Saya tidak bergurau berlebih-lebihan kerana apa yang saya cakap ditapis oleh pihak produksi. Mereka tidak cakap apa-apa pun,”

“Kenapa nak ambil kira perkara negatif sedangkan kita banyak perkara positif yang boleh dibincangkan malam ini.

“Bagaimanapun, kritikan adalah sesuatu yang baik dan bermakna ramai yang menonton siaran langsung tersebut,”

Itulah respon Zizan tentang  pendapat segelintir penonton yang kurang senang dengan cara penyampaiannya mengacarakan majlis rasmi tersebut.

Zizan juga telah bergurau kasar sehingga menyinggung perasaan Datuk Hans Isaac dan Datuk Eizlan Yusof berkaitan gelaran Datuk.

……………………………………………………………………………………………….
Sementara Itu, King Coco Bergaduh, Berebut Meja Di Kedai Makan

Instafamous Malaysia, King Coco telah menjadi viral sekali lagi hari ini.

Ini ekoran tersebarnya satu video King Coco sedang bergaduh di sebuah kedai makan.

Kejadian itu berlaku di restaurant Bason yang terletak di Shah Alam.

King Coco dilihat berebut meja dengan seorang pelanggan lain di kedai tersebut kerana meja itu amat strategik kerana terdapat perkataan ‘Bason’ di latar belakangnya.

King Coco dan lelaki berkenaan telah bertekak tentang hal berkenaan. Lelaki itu mengatakan dia sudah sampai dulu.

Ini antara kata Coco:

“Saya mahu meja ini, saya nak duduk sini, saya datang dari jauh nak duduk sini.

“Awak dari KL saya datang dari luar negara nak makan kat Bason sini..”

“Awak duduk tempat lain”

“Awak tak kenal saya takpe, saya pelanggan VIP kat sini..”

Seorang lelaki telah disimbah air dalam insiden tersebut dan pekerja kedai makan itu cuba menenangkan kedua-dua pihak.

Lelaki berkenaan kemudian mengalah dan King Coco berjaya duduk di tempat yang dia mahu itu.

Untuk siapa yang tak kenal, Coco ni popular kerana mempunyai pelat yang unik.

Sharing is caring!

Loading...