JIJIKNYA AKU TANGAN YANG MEMBESARKAN ANAK KINI BERGELAR SUAMIMU MENANTUKU !” SAMPAI HATI ..

Sharing is caring!

JIJIKNYA AKU TANGAN YANG MEMBESARKAN ANAK KINI BERGELAR SUAMIMU MENANTUKU !” SAMPAI HATI ..

sekadar gambar hiasan semata-mata

Seorang wanita tua yang berjemaah solat bersama saya, berbual selepas solat ketika saya berada di motosikal, untuk balik. Saya bertanya tentang sambutan raya yang baru berlalu dan hal anak tunggalnya. Air mukanya terus berubah.

“Dia sampai kampung pagi raya, dengan anak dan isterinya. Katanya bila cuti, jalan tak jem. Tak apalah, asalkan dia balik.

Loading...

“Petang raya, dia kata nak pergi ke rumah mentua di Kampung Tongplu, Pedu, dan tidur di sana. Saya tak kata apa. Tetapi semasa mereka nak naik kereta, cucu saya bertanya pada ibunya, ‘kita nak tidur di hotel semalam ke?’.

“Ibu dan bapa dia diam sahaja. Tetapi saya sempat melihat menantu saya membeliakkan mata pada anaknya,” katanya lalu mtunduk dan mula mengesat air matanya dengan hujung telekong yang masih dipakai.

Saya faham, anak dia sebenarnya bermalam di hotel dan pagi itu baru pulang ke rumah orang tuanya. Kes pecah tembelang.

“Hinanya kami ibu bapa dia. Bapa yang membesarkan dia, yang mendodoikan dia dalam kain sentung, menepuk hingga lena dalam kelambu, takut digigit nyamuk.

“Hinanya ibu dia yang dia gonggong susunya sehingga bertahun, disuap nasi sehingga membesar. Hinakah kami yang beri dia sekolah dengan hasil titik peluh kami.

“Saya tahu mereka jijik melihat dapur saya, jijik dengan bilik air dan jambannya, jijik dengan bilik tidur yang panas bertilam kabu. Tetapi mereka tidak sedar yang mereka membesar dengan keadaan itu. Hari ini mereka pandang jijik. Itu sebab mereka tidak mahu tidur di rumah ibu bapa sendiri, sebaliknya tidur di hotel.

“Bukannya tak ada tempat di rumah itu, kerana dia anak tunggal. Tergamaknya dia,” kesedihannya semakin berlarutan.

Wahai anak, bukanlah perkataan dari lidahmu sahaja yang boleh melukakan hati ibu bapamu, bukanlah tingkah lakumu sahaja yang boleh mengguris hati ibu bapamu, tetapi tindakanmu juga boleh merobek hati kecil mereka.

Jika biasa dengan kemewahan di rumah sendiri, jangan mengharap yang sama di rumah ibu bapa. Kita dibesarkan dengan kepayahan ibu bapa, sesekali laluilah kembali. Jika kita rasa tidak selesa di rumah ibu bapa, kenapa kita masih membiarkan mereka hidup dalam keadaan tidak selesa itu? Kenapa tidak diupgrade rumah ibu bapa seperti rumah kita?

Ingat, kekayaan yang kita miliki sebenarnya berpunca dari pengorbanan ibu bapa yang menyekolahkan kita. Maka sepatutnya mereka hidup lebih selesa dari diri kita kerana mereka yang melabur harta dan tenaga untuk mencipta kejayaan kita.

Loading...

Tetapi malangnya kita kaut kesemua hasilnya dan meninggalkan ibu bapa dengan hidup di rumah orang tuanya.

Apa juga perkara yang kita rasa jijik pada kehidupan ibu bapa kita, sepatutnya dibeban kepada diri kita. Bukannya melarikan diri dari keadaan itu.

Dalam kes ini, tidur di hotel kerana tidak sanggup tidur di rumah bapa yang penuh geli geleman pada kita. Jika anak-anak tidak dididik untuk merasa kepayahan orang lain, suatu hari nanti mereka tidak akan mampu hidup bila ditimpa kepayahan. Jika anak dididik merasa jijik dengan apa yang orang lain lalui, apa lagi keturunannya yang mana suatu hari nanti mereka akan memandang jijik kepada seluruh mereka yang miskin.

Betapa ibu bapa mengharapkan anak yang pulang sesekali menghidupkan kembali suasana rumah yang sunyi setelah anak berkeluarga. Tidurlah semalam dua, makan bersama, berkongsi bilik air dan bilik tidur dan sebagainya. Jika terasa payah pun, biarlah demi menjaga hati ibu bapa. Janganlah merungut itu ini tidak sempurna.

Mungkin ibu bapa teringin nak naik kereta baru kita, jadi bawalah mereka mengunjungi saudara mara. Mungkin mereka sedikit ingin berbangga dengan kejayaan anak., bawalah bertandang, bershopping bagai. Sesungguhnya Allah memberi ganjaran yang baik kerana berkunjung mengeratkan silaturrahim, menggembirakan ibu bapa.

Jangan jadikan kunjungan beraya ke kampung menjadi gurisan tajam ke hati ibu bapa yang akan memahat dosa yang besar.

Tidak salah tidur di hotel atau homestay jika keadaan rumah tidak muat kerana ramai atau kerana mahu menjaga aurat. Mohon izin dengan baik dari ibu bapa dan jelaskan agar mereka memahami. Mereka sudah tentu akan memahmi.

Menipu itu ibarat bangkai, yang amat mudah tercium bau busuknya. Apa lagi bila Allah hendak membukanya. Bertindaklah dengan rasional. Ibu bapa itu keutamaan. Ingat, suatu hari nanti kita juga akan berada di situasi mereka.

Sumber: Abdul Ghani Haron

………………………………………………………………………………………………..

8 Ketua Gangster Wanita Paling Terkenal Di Dunia. Yang Last Tu Mesti Anda Kenal…Dalam Malaysia tu..Gilak Ahhh…

Kita serba maklum jika sebut berkenaan kongsi gelap, jenayah, atau pengedaran dadah, golongan yang banyak terlibat dalam gejala ini semestinya adalah golongan lelaki. Tetapi jarang kita mengetahui bahawa penglibatan wanita dalam jenayah kongsi gelap juga tidak kurang hebatnya.

 

 

Loading...

Mereka kebanyakan terpengaruh dengan pasangan, mempercayai dan kesetiaan terhadap suami mereka yang juga ketua kongsi gelap menyebabkan wanita seperti ini terjerumus dalam kancah jenayah dan kekerasan.

1. Judy Moran (dipenjara 2009-sampai sekarang)

Judy Moran 70, lahir pada 18 Disember 1944 adalah ketua kumpulan kongsi gelap ‘Moran’ yang terkenal di Melbourne, Australia.

Judy adalah isteri kepada John Leslie, seorang kartel dadah yang terkenal di Sydney. Leslie ditembak mati pada tahun 1982 dalam konflik berkaitan kongsi gelap di Sydney.

Hasil perkahwinan dengan Leslie, mereka dikurniakan anak bernama Mark Moran juga seorang ahli kongsi gelap dan akhirnya terbunuh pada tahun 2000.

2. Xie Caiping (dipenjara, 2009-sampai sekarang)

Di bandar Chongqing,Cina kerajaan melaksanakan tindakan keras terhadap jenayah terancang. sebuah operasi besar-besaran telah dilancarkan dan menangkap hampir 1.500 penjenayah, yang semuanya berada dibawah pimpinan Xie Caiping.

Sebagai ketua, Caiping menjalankan pusat perjudian haram dan merasuah anggota polis untuk mengelak dikenakan tindakan.

3. Sandra Avila Beltran (dipenjara 2007-sampai sekarang)

Beltran lahir dan dibesarkan untuk menjadi “GodMother” Mexico. Pakciknya adalah pengedar dadah di mexico.Dia mendapat julukan “Ratu Pasifik kerana dia menjadi orang tengah antara kartel Valle del Norte colombia dan kartel Sinaloa, dan membantu mengembangkan laluan rahsia penyelundupan dadah di sepanjang Pantai Pasifik Mexico.

Loading...

Sandra sendiri dipenjara ketika menghadapi tuduhan jenayah terancang dan pencucian wang.

4. Rosetta Cutolo (dipenjara 1993-sampai sekarang)

Kecewa kerana ahli keluarganya ditangkap polis, dia menyambung legasi kongsi gelap ini dengan meneruskan perniagaan milik keluarga mereka. Dia menjadi senarai suspek yang paling dikhendaki di Itali,kerana dia termasuk anggota keluarga Raffaele Cutolo, Nuova Camorra Organizzata (NCO), iaitu gangster yang paling digeruni di Itali.

Setelah menyerang balai polis Itali di tahun 1981, dia menghabiskan 10 tahun sebagai buruan sampai akhirnya menyerah diri.

5. Maria Licciardi (dipenjara, 2001-sampai sekarang)

Dari tahun 1993 hingga 2001, Maria Licciardi adalah ketua keluarga Licciardi dan “Capo di Tutti Capi” gangster dari Napoli.

Di bawah pimpinannya, keluarga Licciardi menjadi lebih terancang, dan lebih menguntungkan dalam segala usaha mereka. Perniagaan yang paling menguntungkan yang diusahakan keluarga

Licciardi adalah pelacuran di Camorra.

6. Maria Chata Leon (dipenjara 2010-sampai sekarang)

Seorang ibu 44 tahun dengan 13 orang anak mungkin kedengarannya tidak terlalu berbahaya. Namun berbeza dengan Maria Leon, dia menjadi pemimpin pengedaran dadah dan ubat bius yang menguasai timur laut Los Angeles.

Dia menjalankan perniagaan ini demi memberikan pendidikan untuk anak-anaknya.

7. Griselda Blanco (Kali terakhir dipenjarakan pada tahun 1998)

Ketika berusia 11 tahun, dia menculik anak orang kaya yang tinggal berdekatan dengan harapan mendapatkan wang tebusan. Ketika orang tua dari anak yang diculiknya menyatakan tidak mahu memberikan wang tebusan, dia terus menembak mangsa tersebut.

Setelah pindah ke New York dari colombia di era 70-an dan memulakan kariernya dalam penyeludupan dadah.

Setelah berhijrah ke Miami, dia menjadikan ibukota tersebut sebagai bandar kokain. Blanco diyakini telah mendalangi lebih dari 200 pembunuhan sepanjang kariernya. Pada tahun 1988, dia ditangkap oleh DEA di California dan menghabiskan 16 tahun di penjara.

8. Bini-Biniku Gangster

Bini-Biniku Gangster ialah sebuah filem bergenre aksi komedi yang ditayangkan pada 22 September 2011 di Malaysia. Filem ini diarahkan oleh Ismail `Bob’ Hashim dan dibintangi oleh Shaheizy Sam, Yana Samsudin, Intan Ladyana, dan Zalif Sidek ini menceritakan kegiatan isteri-isterinya dalam kumpulan kongsi gelap. Jangan marah aaa…

Sumber : pawervirall

…………………………………………………………………..

BANK TERSILAP MASUK WANG RM 100,000 DALAM AKAUN PERIBADI PENIAGA KEDAI KOPI DI KEDAH..AKHIRNYA PENIAGA TERSEBUT TELAH MEMBUAT SESUATU DENGAN DUIT TERSEBUT..

Apa yang akan anda rasa jika tiba-tiba wang RM100,000 masuk ke dalam akaun bank?

Seorang peniaga kedai kopi di Kedah terkejut apabila menerima panggilan dari sebuah bank yang memberitahu mereka tersilap memasukkan wang sebanyak RM100,000 ke akaun peribadi miliknya pada Khamis.

Sinar Online melaporkan, peniaga kedai kopi terbabit yang dikenali sebagai Ah Seng, 28, (bukan nama sebenar) menjelaskan dia membuat urusan di bank terbabit pada 27 April lalu namun langsung tidak menyedari kesilapan yang berlaku.

“Selepas habis urusan, pihak bank bagitau sudah memasukkan sejumlah wang sebagai faedah yang diperolehi ke dalam akaun dan saya hanya mengiakan saja.

“Seperti biasa, saya keluarkan wang di bank berjumlah RM1,300 pada 28 April kerana ingin keluar daerah memandangkan cuti hujung minggu serta cuti umum hari pekerja 1 Mei lalu, tapi tak sedar langsung ada sejumlah wang baki di akaun,” katanya.

Menurutnya lagi, pada jam 4 petang Jumaat, pihak bank menghubunginya dan memaklumkan tersalah memasukkan wang dan meminta agar wang itu dikembalikan semula.

Ah Seng kemudian membuat pemeriksaan dan terkejut apabila mendapati jumlah baki di bank adalah RM98,688.55.

Disebabkan berada di luar kawasan, dia berjanji akan memulangkan wang di bank sebaik sahaja pulang ke Sungai Petani.

Wang terbabit selamat dikembalikan semula pada Selasa selepas bank mula beroperasi. Menurut Ah Seng, pihak bank turut berterima kasih kepada beliau.

“Pagi semalam (Selasa), sebaik sahaja bank mula beroperasi, saya ke sana untuk memulangkan baki yang ada dan membayar semula wang yang saya guna.

“Pihak bank kemudian mengucapkan terima kasih atas kejujuran dan memohon maaf atas kesilapan,”katanya.

Kesilapan seumpama ini dirasakan sangat jarang berlaku di Malaysia. Tetapi di Australia, kejadian yang hampir sama pernah berlaku membabitkan seorang pelajar Malaysia.

Sumber: Sinar Online

sumber : kamiviral via belogfadah sempoi

Sharing is caring!

Loading...