Selepas Melakukan Hubungan, Jangan Lakukan 3 Perkara Ini Jika Tidak Mahu Alat Kel..amin Rosak

Sharing is caring!

Kita semua tahu bahawa pemanasan dan regangan otot sangat penting sebelum mana-mana sukan. Nah, sebenarnya hubungan seksual juga boleh dikategorikan sebagai salah satu “sukan”, oleh kerana itu, kita juga perlu tahu bagaimana caranya membuat tubuh tetap aman selepas melakukan hal intim tersebut.

Menurut laporan Kesihatan Wanita, selepas melakukan hubungan seks, wanita anda TIDAK melakukan 3 perkara ini:

1. Tiada kencing

Loading...

Apabila bersetubuh di tilam, bakteria boleh menempel pada kawasan kelamin dan pangkal paha, ia kemungkinan besar akan mencetuskan jangkitan genital. Obstetrikian, Robert Wool mencadangkan supaya anda segera buang air kencing dalam masa kurang daripada 1 jam selepas bersetubuh.

2. Menggunakan cecair pembersih di kawasan alat kelamin

Terdapat beberapa orang yang mungkin berfikir bahawa mereka harus segera membersihkan kawasan alat kelamin dengan sabun untuk menjadi lebih bersih, padahal sebenarnya ini tidak baik. Kulit di kawasan alat kelamin wanita sangat sensitif, jika anda dengan segera membersihkan dengan pembersih bahan kimia, mungkin anda mengalami alahan secara tiba-tiba seperti kulit gatal, merah atau kering. Miss V sendiri sebenarnya mempunyai sistem perlindungan sendiri, anda hanya menyiram dengan air bersih yang baik untuk kawasan Miss V!

3. Tidur dalam pakaian tidur seksi.

Mempunyai hubungan seks sangat memenatkan, ramai orang yang selepas hubungan itu mahu pergi terus ke tidur. Tetapi jika anda masih memakai seluar seksi, hendaklah dikeluarkan terlebih dahulu, terutama apabila bahan itu dari nilon dan penuh dengan renda.

Selepas hubungan seks, kulit anda akan lebih lembab dan suhu tinggi.Apabila kulit anda dibalut dengan bahan yang tidak baik, peluh dan bakteria akan dikepung, dan ini boleh membuat Miss V mudah dijangkiti.

Nah, sudah tahu bagaimana? Jangan biarkan ketiga perkara remeh ini membuat anda menyesal untuk hidup, baik!

………………………………………………………………..

Loading...

16 Gambar Terkini Sekitar Majlis Bersanding Norman Hakim dan Abby Abadi Yang Meriah Dan Besar-Besaran 2017.

Mungkin jarang-jarang dibuat orang tapi itulah realitinya apabila Norman Hakim dan bekas isterinya, Abby Abadi membuat keputusan untuk bertemu di pentas persandingan bersama pasangan masing-masing.

Persandingan kali kedua ini bagi meraikan ulang tahun keenam perkahwinan Norman dan Memey Suhaiza yang disambut pada Ahad.

Majlis bak perkahwinan pengantin baharu itu benar-benar meriah yang dihadiri kira-kira 600 orang tetamu termasuk rakan rapat pasangan berkenaan di IDCC Convention Centre, Shah Alam.

Abby, 40, yang bertemu jodoh dengan Muhammad Faizal Zakaria, 43, atau  Jaiezzany  pada 2015 tidak melepaskan peluang untuk sama-sama memeriahkan majlis berkenaan.

Persandingan itu menjadi satu contoh apabila Norman dan Abby yang pernah bermusuh sebelum ini akhirnya berjaya merapatkan semula silaturahim itu seterusnya memberi panduan yang baik kepada masyarakat.

Norman menyuap kek kepada isterinya, Memey Suhaiza. Foto: sweetpictures_kl

Norman atau nama sebenarnya, Mohamed Norhakim Zaidon, 41, berkata tujuan majlis ini diadakan bagi merealisasikan impian untuk mengumpulkan keluarga besarnya.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk merealisasikan impian kami dapat berkumpul sebagai keluarga besar.

“Biarpun terdahulu hubungan kami pernah melalui fasa kontroversi, namun hubungan persahabatan antara saya, Memey, Abby dan Jaiezzany tetap baik dan dijadikan sebagai inspirasi kepada semua,” kata Norman kepada mStar Online.

Dua pasangan mempelai ini diraikan pada majlis bertemakan Islamik Vintage yang turut disertai anak-anak mereka.

Selain meraikan persandingan kedua-dua pasangan ini, majlis doa selamat diadakan sebagai tanda kesyukuran bersempena khatam Al-Quran anak sulung Norman dengan Abby iaitu Mohamed Danish Hakim, 14, yang bakal melanjutkan pengajian hafazan Quran ke Turki, Oktober depan.

Memey (kiri) dan Abby kini umpama saudara. Foto: sweetpictures_kl

Selain Danish, Norman dan Abby turut dianugerahkan dua lagi anak  iaitu Marissa Dania Hakim, 12, dan Maria Danisha Hakim, 9.

Manakala Norman mempunyai dua cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 4, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 2 hasil perkahwinan dengan Memey, 29.

Persandingan itu juga merupakan sebahagian daripada gimik pelantikan Norman dan Memey sebagai duta syarikat katering acara perkahwinan, Mahligai Impian.

Loading...

Selain Norman Hakim, pasangan Shuib (Sepahtu) dan Siti Sarah juga pernah bersanding kali kedua sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima pada Februari lalu.

 

…………………………………………………………………………

Gempar!… Hampir 10 tahun disemadikan, akhirnya Keluarga Dedah Jasad Michael Jackson Tiada Dalam Kubur.!

HAMPIR sepuluh tahun disemadikan, kubur raja pop dunia, Michael Jackson yang terletak di tanah perkuburan Forest Lawn di Los Angeles dilaporkan kosong.

Menurut beberapa laporan media antarabangsa, pihak keluarga Michael memang sengaja merahsiakan lokasi makam penyanyi lagu hit Beat It itu.

Ibunya, Katherine Jackson, mendedahkan mayat Michael tidak ada di dalam keranda saat dimakamkan pada tahun 2009.

Menurut sumber yang memberitahu Radar Online, ramai menyangka jasad Michael dikebumikan di Forest Lawn, namun sebenarnya tidak.

Rupanya Selama Ini Jasad Michael Jackson Tiada Dalam Kubur

“Semua orang menyangka Michael Jackson ditanam di Forest Lawn, tapi sebenarnya tidak.

“Keluarga Micheal merahsiakan lokasi sebenar kubur atas alasan keselamatan selain untuk mengabulkan permintaan Michael.

“Bagaimanapun, Katherine sudah mendedahkan rahsia ini kepada beberapa teman rapatnya,” kata sumber tersebut.

Loading...

Menurut sumber yang sama, tindakan Katherine itu adalah disebabkan kebimbangannya jika mayat Michael dicuri.

Rupanya Selama Ini Jasad Michael Jackson Tiada Dalam Kubur

“Keluarga Jackson bertengkar selama berbulan-bulan kerana tidak tahu apa yang harus dilakukan.

“Katherine sangat paranoid dan ketakutan kalau ada orang akan mencuri jasad Michael,” katanya lagi.

Terdengar ura-ura mendakwa mayat Micheal telah dibakar manakala abunya dipercayai ditanam di bawah pohon buah pear, yang dikenali sebagai Giving Tree di kediamannya di California.

Namun sehingga kini, masih belum ada kenyataan rasmi daripada pihak keluarga mengenai berita ini.

Michael Jackson disemadikan pada 7 Julai 2009 selepas ditemui tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia akibat masalah kegagalan jantung lapor Mynewshub.cc.

Sharing is caring!

Loading...