“ SUDAHLAH GEMUK, MACAM BADAK SUMBU. TAK LAYAK JADI ISTERI AKU.. ” – SUAMI MAKI SAYA DEPAN PEREMPUAN ITU….SEDIHNYA…

Sharing is caring!

GAMBAR DI ATAS SEKADAR HIASAN

 

Saya mempunyai berat badan yang agak besar dulu. Disebabkan saya gemuk, suami saya curang, tinggalkan saya dan malukan saya pada umum.

Loading...

Saya tak minta jadi gemuk seperti ini. Saya gemuk pun selepas melahirkan anak kembar awak. Saya tak ada masa nak kuruskan badan disebabkan menyusu dan sibuk bekerja untuk bantu awak. Saya tahu awak curang sudah lama tetapi saya diamkan diri. Selalu ajak awak keluar tetapi awak tak nak.

Nak dijadikan cerita, pada hari dia tak nak keluar dengan saya itu, saya terpaksa keluar sendiri sebab barang-barang dapur dan anak dah nak habis. Saya usung empat orang anak pergi ke mall.

Tiba-tiba saya terjumpa suami dengan skandal dia. Saya cuma pergi depan dia sambil pegang anak-anak dan diam sahaja. Nak tengok apa yang dia nak katakan pada saya. Sungguh saya tak sangka dia maki saya depan perempuan itu.

“Sudahlah gemuk, macam badak sumbu! Tak layak jadi isteri aku!” katanya

Padahal masa mula-mula kahwin dulu mak ayah saya tak bagi, sampai awak nak bunuh diri gilakan saya. Tapi bila keadaan saya begini, awak hina saya, malukan saya depan orang ramai. Saya gemuk pun sebab awak, saya minta tolong awak jaga anak sekejap pun awak tak nak. Macam mana saya nak kurus?

Berbalik pada cerita di mall tadi, anak saya yang sulung cakap pada ayah dia,

“Kenapa ayah cakap mama badak? Ini mama kakak, bukan badak,” katanya.

“Kau dengan mak kau sama saja! Pergi balik! Jangan ganggu aku!” tengkingnya.

Loading...

Hancur luluh hati saya. Masa dia balik, saya tanya kenapa dia buat saya macam itu? Dia cuma diam dan masuk dalam bilik, kemas baju dalam beg.

“Awak nak pergi mana? Tak kasihan ke pada saya dan anak-anak?” soal saya lagi.

“Kau semua tak dapat bahagiakan aku. cuma perempuan itu saja dapat bahagiakan aku. Dengan ini aku ceraikan kau dengan talak….” katanya.

Setahun sudah perkara ini berlalu dan sekarang bila saya dah kurus, kenapa awak datang balik pada saya, tiba-tiba caring tentang anak, nak ambil anak bagai. Padahal sudah setahun lebih satu sen pun awak tak bagi nafkah.

Dulu bila saya gemuk, awak hina saya. Tetapi bila saya dah kurus, awak pula meroyan. Kononnya perempuan itu dah tinggalkan awak, kononnya saya sajalah yang boleh bahagiakan awak. Sorry okay, you’re nothing for us right now.

Sebelum ini awak sanggup tengking saya dan anak-anak disebabkan perempuan lain dan sekarang saya tidak akan berlembut dengan awak. Saya lebih selesa hidup dengan anak-anak. Hidup kami bahagi, setiap hujung minggu saya bawa anak-anak jalan beriadah.

Kalau dulu dengan awak, nak keluar pun tak bagi sebab takut terjumpa awak dengan skandal, kan? Saya kuat sebab anak-anak, terima kasih anak-anak mama, along, angah, acik dan adik.

**********

Apa pendapat anda ?

Silakan SHARE. Semoga bermanfaat.

Sumber : KRT via beritakopak

………………………………………………………………………………………….

AKU TARIK RAMBUT PEREMPUAN TU TANYA APA YG DIA BUAT KAT RUMAH MASA AKU TAK ADA. LAKI AKU CUBA LERAIKAN. AKU TERAJANG LAKI AKU..

Aku tarik rambut perempuan tu tanya apa yg dia buat kat rumah masa aku tak ada. Laki aku cuba leraikan. Aku terajang laki aku..

Loading...

Gambar sebagai hiasan

Salam warga krt. Saya tumpang fb kawan post memandangkan dia pernah post dekat page ni. Saya cuma nak cerita masalah rumahtangga saya yg diganggu oleh org ketiga.

Dan lebih menyakitkan lagi, pintu untuk org ketiga itu dibuka oleh suami saya sendiri, yg cukup pandai berlakon di depan saya, pijak semut pun tak mati. Tapi di belakang?

 

Saya dah berkahwin selama setahun lebih, belum ada anak. Hubungan kami mcm biasa, ada pasang surutnya tp biasalah kn rencah hidup berumahtangga.

 

Bergaduh manja tu normal lh. Saya tak pernah peduli untuk check fon suami, sekali sekala sbb bagi sy suami sy tak pernah berahsia. Sy tahu sapa yg dia contact, msj, even password dia pn sy tau.

Sampai lh suatu hari tu sy terdetik untuk check fon dia, ada seorang betina ni selalu komen tiap status suami sy. Suami sy pn selalu like status dia, bila sy scroll2 gbr suami ada dia komen puji memuji mcm tu. so bila sy tanya suami, dia kata oh tu sepupu dia. Okay lh sy tak nak syak lebih-lebih, sepupu kan.

Sampai lh one day tu, simkad suami sy rosak, dia tukar no baru. Berapa bulan berlalu tanpa ada apa-apa berlaku. Hidup normal seperti biasa. Then ada satu mlm ni sy asyik bermimpi pelik tentang suami.

 

Sy mimpi suami duakan sy. Ada skandal di belakang sy dgn perempuan lain. Mimpi tu berulang-ulang sampai sy tanyakan pd suami, u ada buat apa2 ke di belakang i, sbb i always mimpi yg tak elok psl u baru2 ni. Dia cuma cakap, perasaan u je tu, mainan tidur. No, kalau mainan tidur, takkan berulang2 sampai terganggu sy pagi tu.

Sy jenis yg bangun pagi sy takkan ingat mimpi sy min, tp mimpi tentang suami ni always dok berulang2, dan perasaan dia rasa mcm real sangat.

 

Sy always termenung memikirkan hal ni. Tapi sy tetap layan suami mcm biasa. Sy minta dekat Tuhan tolong tunjukkan pada sy sekiranya suami sy ada berbuat sesuatu yg tak baik di belakang sy.

Loading...

Doa tu mmg senjata yg sangat hebat bagi seorang manusia. Suami sy kemalangan, dan kereta dia, hancur. Total lost. Dia selamat, cuma patah kaki sahaja. Masa ni sy tak fikir apa2 lagi.

 

Then dia pun stay di rumah bercuti gara-gara kakinya tu. lupa sy nak cerita, sebelum suami kemalangan, hubungan kelamin kami dingin, dan dia tak berapa nak sentuh sy. Sebulan mungkin sekali dua. Pernah sy tanyakan, dia cuma jawab dia penat. Ok takpe, sy diam je.

Then hati sy ni terdetik nak hack whatsapp suami sy tu. seminggu dua berlalu, takde apa2 chat yg pelik masuk. Then one day sy check blocked list dia min, ada satu no ni dia block.

 

Sedangkan no dia pakai no baru, sy mcm tertanya2 sapa pulak punya no dia block kan. Sy save je no tu. sy kol min, suara perempuan yg jawab hello. Sy dh rasa mcm tak keruan. Rasa mcm berdebar-debar. Dlm hati mcm2 persoalan bermain dlm kepala otak sy.

Then masa sy dekat office sy buka lg whatsap suami and guess what? No tu whatsapp suami sy min. Suami sy minta perempuan tu jemput dia ke rumah.

 

Diorang nak pergi mkn2, jalan2. Amboi kau, tak padan kaki patah. Aku perati je chat diorang berdua min, sweet gitew kan bersyg-syg. Aku rasa mcm kepanasan min, rasa mcm ada org bakar aku. Sambil aku menyumpah-nyumpah sambil tu aku screenshot kn msj diaorg berdua.

Lepas tu aku balik rumah kn, aku act mcm biasa je. Salam laki aku mcm biasa. Tanya dia nak mkn apa, walhal aku tau dia baru balik keluar dgn perempuan tu.

 

rupanya setiap kali aku gi kerja min diaorg bermsj, rupanya no tu tuan empunya sepupu dia yg always komen gbr2 dia dulu tu. sepupu lah sangat. Pandai kau mainkan aku ye bang? So aku diam je min, sbb apa? Aku tunggu chat mereka berdua yg lebih sensasi.

So aku pergilh outstation min. Aku konon2 bagitau laki aku, aku nak outstation. Laki aku punyalh muka sayu sbb konon nak kena tinggal dua 3 hari, padahal gembira, sbb dh plan nak dating dgn perempuan tu mlm2.

 

Masa ni suami dh kerja balik mcm biasa. Aku tak outstation pun, sbb aku dah find out awal apa plan diorang kn. saja ja aku tipu suami aku sbb aku nak follow diorang dua. Aku ajak adik aku min. Supaya ada saksi tengok kegatalan diorang berdua tu.

So, stay lah aku dekat rumah adik aku tu. sampai lh mlm tu laki aku chat lh perempuan tu suruh jemput ke rumah. Pukul 10 sbb perempuan tu balik kerja pukul 9.

 

Aku dh siap2 tunggu tak jauh dr rumah sewa kami min. Sampai aku tengok kereta perempuan tu masuk dekat parking umah. Masa ni aku dh masuk dh, suami aku mmg terkejut gila. Mana tak terkejut, aku bagitau aku outstation.

 

Tapi terpacak depan rumah. Dia siap wangi2 smart2 lg min. Perempuan tu dh kecut gila tengok aku dgn muka menyinga.

Aku tak tunggu apa lg, aku ada bukti semua kecurangan laki aku, chat diorang semua. Aku pergi tarik rambut perempuan tu tanya apa dia buat kat rumah aku masa aku takda. Mmg drama betul.

 

Laki aku cuba leraikan aku min. Aku terajang laki aku. Sbb aku geram sangat, entah mana aku dapat kekuatan. Aku tarik baju perempuan tu baringkan dia kat lantai adik aku pegang dia untuk aku, aku tumbuk dia min. Peduli apa aku.

Dia cuba nak balas balik. Last2 dia lari berjaya masuk dlm kereta pecut dia drive min. Laki aku pulak dah terjerit2 suruh kami stop dari td, aku terus tinggalkan laki aku dekat situ. Menangis aku sepuas-sepuasnya dlm kereta adik aku min.

 

Sbb aku rasa sedih sangat, rasa terkhianati dgn laki sendiri. Tapi aku puas hati sbb dh berjaya bongkarkan kecurangan laki aku yg aku fikir maksum sangat depan aku min.

Aku buka msj bertalu2 dari suami aku, yg kononnya bagi penjelasan. Minta maaf bagai. Dgn perempuan tu siap ugut2 aku nak report polis.

 

Aku hantar semua ss chat mereka berdua tu, aku cakap kalau kau nak report silakan aku tak takut, kau yg kacau rumahtangga aku, aku ada bukti. Kau menggatal dengan laki aku, kalau kau nak cuba kuasa viral bolehlah try me.

Perempuan tu explain lh cakap dia takde apa2 dgn laki aku. Konon nak ajak aku settle elok2. Puik! Aku ni yg rasa nak bunuh diri baca chat kesweetan korang.

 

Sekarang ni min, aku mmg tak balik dh ke rumah tu. aku tak tau apa aku nak buat, sbb aku mmg tak tahu nak buat apa dgn laki aku. Dia dok anta msj dgn aku hari2 minta ampun dgn aku lh, minta peluang kedua lh apa lh. aku block dia sbb aku sakit hati sgt min.

Mesti dia tak sangka dia boleh kantoi dgn aku. Yelaa, sepandai2 tupai melompat jatuh ke tanah jugak kan. Aku tiap kali baca chat diorang berdua tu, sakit hati aku min.

 

Makin sukar aku nak maafkan laki aku. Fikir nak cerai pun ada. Perempuan tu pulak, mak dia siap serang aku kat office min, sbb mak dia support anak. Bila aku tunjuk msj gatal diorang berdua, tau pulak mak dia diam.

Tu lah sekarang ramai babi penyondol, sbb mak pun support anak jd babi penyondol. Takkan anak kau tak tahu laki aku tu suami org.

 

Dah tu kau tak boleh nasihatkan anak kau, sebaliknya kau serang aku? Sekarang aku tengah berkira2 min nak viralkan ke tak perempuan tu. and apa aku nak buat dgn masalah aku ni, no idea min. Aku mcm ni je lh kot sampai bila2 , sampai hati aku terbukak untuk terima balik suami aku.

Apa pendapat anda ?

Silakan SHARE. Semoga bermanfaat.

Sumber : KRT via beritakopak

…………………………………………………………………

“Gaji Suami Orang Lain Pun RM10,000 Juga Lah Wei!! Kau Jangan Biadap!!”, Wanita Ini Mengamuk Cuma Kerana Dikatakan Anaknya Memakai. .

“Gaji Suami Orang Lain Pun RM10,000 Juga Lah Wei!! Kau Jangan Biadap!!”, Wanita Ini Mengamuk Cuma Kerana Dikatakan Anaknya Memakai. .

Salam, maaf kalau apa yang saya kongsikan ini menyinggungkan perasaan mana-mana pihak.

“Gaji Suami Orang Lain Pun RM10,000 Juga Lah Wei!! Kau Jangan Biadap!!”, Wanita Ini Mengamuk Cuma Kerana Dikatakan Anaknya Memakai. . . .

Suami saya bergaji RM10,000 sebulan, tetapi anak saya, saya pakaikan baju yang murah-murah sahaja. Baju paling mahal pun, saya beli dalam harga belasan ringgit. Yang lain, semua RM10.

Bukan kami tak mampu tetapi malas nak membazir dengan budak kecil ini. Budak kan cepat membesar, nanti beli lagi.

Ada seorang perempuan ini, gaji suaminya berapa sajalah sebulan nak bayar itu ini, anak pakai baju H&M, Anakku bagai. Buat apa nak membazir? Asalkan lawa di mata sudah, jenama tak penting pun.
Pernah suatu masa dia mengata saya dengan si A. Si A pula beritahu saya, dia cakap dia pakaikan anak dia baju murah saja. Malas saya nak ambil kisah.Yang penting setiap bulan, kami simpan duit dalam buku Ting (ASB) anak. Sekarang umur anak dah dekat setahun, simpanan dia dah mencecah RM3,000. Baru setahun, kalau 10 tahun? Tak campur lagi dengan dividen. Itu kan lagi penting.

Bukan kami tak mampu. Gaji suami saya selepas bayar segala keperluan, ada baki sebanyak RM5,000 – RM6,000. Tetapi malas nak buat benda yang tak berfaedah itu.

Itu saja nak kongsi untuk panduan bersama. Jangan ingat anak yang pakai murah, mak bapa dia tak ada duit eh. Ada lagi benda yang lebih berfaedah dan lebih bagus dibuat daripada membazir duit beli barang berjenama untuk anak.

Kadang-kadang orang sekarang suka sangat nak menunjuk-nunjuk, sanggup beli barang mahal untuk anak walaupun tak mampu. Nak tunjuklah yang dia sayangkan anak. Bukan begitu caranya. Sayang anak, tiap-tiap bulan simpan duit untuk anak, itu baru namanya sayang anak.

Panjang pula saya berleter. Oklah, sekian.

Kredit: ohmymedia.cc (Gambar hiasan)

Sharing is caring!

Loading...